Kesilapan semalam

Terkadang aku termenung sendiri
Teringat kesilapan semalam
Ku tahu ku tak layak disampingmu
Walau beribu tahun ku cuba buktikan

Tiap kali ku mengenang segalanya
Terhimpun segala memori kita bina bersama
Bukan pintaku untuk palitkan segalanya
Tapi takdir meletakkan ku di tempat yang hina

Ku cuba untuk menyakinkan dirimu
Kerana ku tahu hanya kau mengenaliku
Tapi ku sedar kini
Segalanya tak mungkin lagi

Ku punya alasan atas segalanya
Tapi alasan itu bagimu hanya ingin menutupi kesilapan
Kerna kesilapan semalam ku dihakimi
Walau bukan kemahuanku

Kalau cinta ini terus dibayangi kisah semalam
Ianya takkan berkesudahan
Dan segalanya kini terletak padamu
Sayangku

Mimie Mimoe, Februari 2010.


thank you readers ^,^